Setelah setahun lebih aku menanti,
x dapat jugak surat pertukaran, hapa la hampas sangat orang yang menguruskan kerja ni,
aku dah siap recce kat johor tu melambak jawatan aku yang kosong....
last2,
bini aku nak sambung belajar oversea..
aku pun apply la pekeliling perkhidmatan awam bil. 29 tahun 2009..
proses apply dia tidak la sesusah mana..
google borang dia dengan menaip pekeliling perkhidmatan awam bil. 29 tahun 2009...
ataupun link ini http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/29/pp292009(2).pdf
isi then hantar ke bahagian sumber manusia
benda-benda yang perlu disertakan sekali ada dalam borang tu rasanya...
iaitu sijil kawin dan surat kelulusan cuti belajar pasangan....
lepas semua settle...dalam sebulan lebih lulusla cuti aku...
cemanapun..adalah dinasihatkan utk apply 3 bulan awal...yelah..untuk opis yang lembab buat kerja tu...
jadi sekarang bermulalah kehidupan normal aku di negara matahari terbit dengan famili sebagai 'suri rumah'
update blog ini mungkin diteruskan jika aku rajin...
dan mungkin terhenti seketika jika lepas balik malaysia pun aku masih musafir hujung minggu...(yang mana aku x nak dah jadi)
ataupun terhenti terus sebab aku dah kerja kat negeri yang sama lepas aku balik malaysia (mengharapkan rakan2 dah naik pangkat bila aku dah balik nanti buleh la tolong kawan2...kalau x tolong aku musuh...hahaha