Sunday, 13 November 2011

Bersama Keluarga Akhirnya

Setelah setahun lebih aku menanti,
x dapat jugak surat pertukaran, hapa la hampas sangat orang yang menguruskan kerja ni,
aku dah siap recce kat johor tu melambak jawatan aku yang kosong....

last2,
bini aku nak sambung belajar oversea..
aku pun apply la pekeliling perkhidmatan awam bil. 29 tahun 2009..

proses apply dia tidak la sesusah mana..

google borang dia dengan menaip pekeliling perkhidmatan awam bil. 29 tahun 2009...
ataupun link ini http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/29/pp292009(2).pdf

isi then hantar ke bahagian sumber manusia

benda-benda yang perlu disertakan sekali ada dalam borang tu rasanya...

iaitu sijil kawin dan surat kelulusan cuti belajar pasangan....

lepas semua settle...dalam sebulan lebih lulusla cuti aku...
cemanapun..adalah dinasihatkan utk apply 3 bulan awal...yelah..untuk opis yang lembab buat kerja tu...

jadi sekarang bermulalah kehidupan normal aku di negara matahari terbit dengan famili sebagai 'suri rumah'

update blog ini mungkin diteruskan jika aku rajin...

dan mungkin terhenti seketika jika lepas balik malaysia pun aku masih musafir hujung minggu...(yang mana aku x nak dah jadi)

ataupun terhenti terus sebab aku dah kerja kat negeri yang sama lepas aku balik malaysia (mengharapkan rakan2 dah naik pangkat bila aku dah balik nanti buleh la tolong kawan2...kalau x tolong aku musuh...hahaha

Tuesday, 10 May 2011

Clear pula seremban di petang ahad ini

Ahad 8 Mei 2011

Selalunya Highway PLUS hari ahad ni kat seremban jam yang amat....
tak tau la pasai apa...clear ja petang 8 mei 2011 ni..menjadikan perjalanan aku
menaiki bas ekspress menjadi pantas dan tiba dengan awainya pada pukul 8.45 pm kat TBS-BTS,

Mungkinkah tidak ada orang buat kenduri pada tarikh ini?
Kalau tiap-tiap minggu macam ni kan bagus..lancar saja...
tapi tak bagusnya kat PLUS la...kurang mashyuuuk!!!

Tuesday, 3 May 2011

Bercuti Rehat di Kuala Lumpur

Dah lama aku tak menghabiskan masa untuk berehat-rehat di kediaman penghaus aku di KL neh...
minggu ni,oleh sebab bini aku ada kursus 2 hari,aku ambilla cuti nak jaga anak aku yang kiut nih...

x dapat ak post panjang2,sal anak aku tido atas tangan,type sebelah tgn jer ni...
aku letak bawah,kompem dia celik,bijak sungguh anak aku ni..

Friday, 29 April 2011

Jumaat Lagi...

Hari Jumaat tiba lagi...
Melawat Terminal Tasik Selatan sebentar lagi...
Tiket pukul 6 bas apa tak tau lagi...
Jumpa anak bini malam ini...
isnin cuti hari pekerja extra 1 hari...

pantun lima kerat...

Thursday, 28 April 2011

Bosannya hidup sengsorang

orang lain hari-hari pi kerja,buat kerja,
balik rumah ada keluarga,

aku,balik umah ada apa?
keluarga jauh 4 jam perjalanan,
gaji yang ada tak seberapa..
bayar sewa rumah,kereta, pitipitipu, bils, tinggal berapa?
kalau ada juta-juta,boleh aku ulang alik hari-hari...
tapi kalau ada juta-juta,aku x kerja la kat sini...
mungkin rezeki aku masih di sini...
sabar menanti bila tak pasti..
dapat kembali ke pangkuan keluarga yang dicintai.

Monday, 25 April 2011

Terminal Bas Sementara Bukit Jalil (Sementara? Lama nak mampos!)

Aku cukup x suka konsep terminal bas sementara....dah la masa sekolah dulu terminal Butterworh terbakar tahun 2000 ke 2001, aku rasa last aku pi Bagan tahun 2009 masih terminal sementara bawah flyover feri tu lagi....Hampas! dengan mat pitnya,mat paunya, toilet busuknya..hujan basah, bau asap, Ulat bercakap dan ada walkie talkie..semua yang aku pernah alami dulu..boleh dialami kembali kat Bukit Jalil..Cuma bezanya..bukit jalil ada LRT la...parking lot dia sebelah stadium hoki ke apa tu..macam x selamat jer..tapi ramai ja orang parking... kena RM2,
Kenapa aku x suka Terminal Bukit Jalil?
1.      Tandas Busuk
2.      Ulat Tiket Kurang Ajar (Sbb Kurang Belajar, Bodoh! Jadik Ulat TIket)
3.      Ulat TIket Di Kaunter Tiket (Kalau aku cari kat kaunter tu..maknanya aku tau la bodo!)
4.      Kalau ada event kat Stadium Bukit Jalil  Jalan Jadik JAM nak mampos
5.      Jauh dari KL..maknanya aku akan naik bas lambat..sampai JB lambat!
Orang yang suka terminal bukit jalil ni adalah orang-orang yang rumah dia kat Bukit Jalil, Sri Petaling...suka la..

Entri Pertama

Blog ni aku tulis tujuannya untuk berkongsi kehidupan sebagai Musafir Hujung Minggu yang saban minggu berulang-alik dari ibu negara ke negeri yang terSelatan di Semenanjung Malaysia ini. Johor Bahru lak tu!
Bukannya aku suka-suka berulang-alik menghabihkan duit yang kerajaan bayar sebagai gaji ni, aku balik sebab anak bini ada kat sana da....sehingga hari ni..dah dekat setahun la aku berulang-alik ni...
Macam-macam la kaedah pengangkutan yang aku guna sehingga kini..Cuma belum try naik flight ja lagi...kalau naik flight pun rugi jer..senai jauh lak ngan jb...sapa nak ambik aku jauh-jauh...teksi bermeter kat sana bukannya pakai meter!
Antara pengangkutan yang aku telah gunakan adalah:
1.      Kereta Aku yang sehingga kini telah gagal melepaskan diri dari 5 speed trap.
2.      Tumpang kereta member
3.      Bas Ekspress (Faveret aku pasal murah n 4 jam jer, nanti aku buat entry pasal bas ekspress)
4.      Keretapi ke Kereta Api? Tolong encik dewan bahasa dan pustaka...suka2 hati korang jer tukar2... (ketapi ni aku guna time balik dari JB ke KL..tapi baru 2 kali jer la naik...(lambat sangat walaupun bleh tido baring...toilet mencabar, dan sungguh lambat..bangun ja..bila la nak sampai)
5.      LRT (pengangkutan ke Terminal sampah bukit jalil dan sekaran Terminal Canggih TBS
6.      Gen2 High Line member opis [bukan Encik Penyu] (tumpang pi Tasik Selatan)
7.      Nouvo member opis (tumpang pi Tasik Selatan)
8.      Moto member opis (tumpang pi LRT terdekat)
Itulah list pengangkutan yang aku guna...paling x best kalau naik bas hari jumaat pastu duduk seat yang sempit...seblah ada penumpang yang busuk peluh...damn.......4 jam woooo!  Korang dah try?