Blog ni aku tulis tujuannya untuk berkongsi kehidupan sebagai Musafir Hujung Minggu yang saban minggu berulang-alik dari ibu negara ke negeri yang terSelatan di Semenanjung Malaysia ini. Johor Bahru lak tu!
Bukannya aku suka-suka berulang-alik menghabihkan duit yang kerajaan bayar sebagai gaji ni, aku balik sebab anak bini ada kat sana da....sehingga hari ni..dah dekat setahun la aku berulang-alik ni...
Macam-macam la kaedah pengangkutan yang aku guna sehingga kini..Cuma belum try naik flight ja lagi...kalau naik flight pun rugi jer..senai jauh lak ngan jb...sapa nak ambik aku jauh-jauh...teksi bermeter kat sana bukannya pakai meter!
Antara pengangkutan yang aku telah gunakan adalah:
1. Kereta Aku yang sehingga kini telah gagal melepaskan diri dari 5 speed trap.
2. Tumpang kereta member
3. Bas Ekspress (Faveret aku pasal murah n 4 jam jer, nanti aku buat entry pasal bas ekspress)
4. Keretapi ke Kereta Api? Tolong encik dewan bahasa dan pustaka...suka2 hati korang jer tukar2... (ketapi ni aku guna time balik dari JB ke KL..tapi baru 2 kali jer la naik...(lambat sangat walaupun bleh tido baring...toilet mencabar, dan sungguh lambat..bangun ja..bila la nak sampai)
5. LRT (pengangkutan ke Terminal sampah bukit jalil dan sekaran Terminal Canggih TBS
6. Gen2 High Line member opis [bukan Encik Penyu] (tumpang pi Tasik Selatan)
7. Nouvo member opis (tumpang pi Tasik Selatan)
8. Moto member opis (tumpang pi LRT terdekat)
Itulah list pengangkutan yang aku guna...paling x best kalau naik bas hari jumaat pastu duduk seat yang sempit...seblah ada penumpang yang busuk peluh...damn.......4 jam woooo! Korang dah try?
No comments:
Post a Comment